VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA SUKAN

ARKIB : 02/01/2010

2010 tahun mencabar sukan negara


kejayaan menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas acara bola sepak Sukan SEA oleh skuad K. Rajagobal di Laos, baru-baru ini, bakal diteruskan hingga ke peringkat lebih tinggi apabila pasukan Bawah 23 Tahun negara diletakkan harapan untuk layak ke Sukan Olimpik 2012 di London.


TAHUN 2010 merupakan tahun penting bagi atlet negara lantaran beberapa kejohanan besar peringkat tempatan dan antarabangsa menanti mereka.

Pada 9 hingga 14 Mac depan, pemain badminton negara yang diketuai oleh pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei akan beraksi pada kejohanan Seluruh England.

Selepas itu, mereka akan sekali lagi berdepan kejohanan besar iaitu Piala Thomas/Uber pada 9-16 Mei di Stadium Putra Kuala Lumpur,

Cabaran besar terakhir yang bakal dilalui oleh pemain badminton kita ialah pada Kejohanan Dunia di Paris pada 23-29 Ogos 2010.

Pada Jun ini, akan berlangsung pula temasya sukan dwi tahunan Sukan Malaysia (Sukma) dengan Melaka menjadi tuan rumah.

Cabaran dan ujian terbesar yang bakal diharungi oleh atlet negara menanti pada suku ketiga tahun 2010 apabila berlangsung Sukan Komanwel di New Delhi, India pada 3 -14 Oktober.

Kira-kira sebulan kemudian, berlangsung pula Sukan Asia Ke-16 di Guangzhou, China pada 12-27 November.

Baiki pencapaian emas

Dengan pelbagai kejohanan besar yang menanti atlet kita di sepanjang 2010, Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi berharap mereka sudah bersedia untuk mencipta kejayaan lebih besar.

Menurutnya, perkara utama yang perlu perlu ada pada setiap atlet ialah membuat persediaan rapi bagi memastikan kejayaan pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

''Para atlet yang menyertai kedua-dua temasya sukan tersebut bukanlah orang baru, mereka cukup berpengalaman dan sudah tahu bagaimana persediaan yang sepatutnya untuk bertanding di peringkat tertinggi.

''Mereka akan menyertai kejohanan sukan yang jauh lebih mencabar berbanding Sukan SEA di Laos baru-baru ini.

''MOM menganggap tahun 2010 sebagai tahun penting dan mencabar bagi atlet kita, namun yakin atlet mampu menempa kejayaan yang kita harap-harapkan,'' katanya.

Mengenai sasaran pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia, Kok Chi berkata, MOM meletakan harapan agar perolehan pingat emas terbaik yang pernah dicatatkan pada temasya sebelum ini dapat diperbaiki.

''Pungutan pingat emas terbaik kita pada Sukan Komanwel ialah 10 emas pada 1998 di Kuala Lumpur.

''Saya harap jumlah pingat emas yang mampu kita raih pada Sukan Komanwel di India nanti akan mencapai angka lebih baik, sekurang-kurangnya 11 emas.

''Begitu juga pada Sukan Asia, pencapaian emas terbaik kita ialah 8 emas, jadi pada temasya Sukan Asia 2010 Guangzhou, China pada 12-27 November, kita mahu melihat jumlah pingat emas bertambah kepada 9 atau 10,'' katanya.

Tahun persediaan ke Olimpik 2012

Tambah Kok Chi, kejayaan atlet negara pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia amat penting kerana kedua-dua temasya tersebut menjadi medan ujian sebelum ke saingan lebih tinggi iaitu Sukan Olimpik 2012 di London.

Katanya, segala persediaan atlet negara sejak bertahun-tahun lalu tidak bermakna jika gagal layak ke Olimpik.

''Matlamat kita adalah untuk berjaya di Sukan Olimpik 2012. Ada beberapa acara yang akan menentukan kelayakan kita Sukan Olimpik 2012, seperti sukan hoki umpamanya, jika kita muncul juara pada Sukan Asia 2010, kita akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2012.

''Lantaran itu saya harap sukan hoki kita akan meningkat pada 2010 dan dapat membentuk sebuah pasukan yang mantap tepat pada masanya untuk beraksi pada Sukan Asia 2010,'' katanya.

Menurut Kok Chi, begitu juga acara bola sepak, jika mahu layak ke Olimpik skuad kebangsaan perlu mengharungi pusingan kelayakan.

''Jika acara bola sepak mahu layak ke Olimpik, kita mesti bersiap sedia dengan secukupnya kerana untuk layak, kita harus beraksi pada pusingan kelayakan,'' katanya.

Yakin kemampuan atlet

Kejayaan membawa pulang 40 emas, pada Sukan SEA XXV yang berakhir baru-baru ini memberi keyakinan bahawa atlet kita semakin meningkat, kata Kok Chi.

Menurutnya, kejayaan melepasi sasaran 35 emas di Laos, juga membuktikan bahawa atlet negara sudah matang dapat membuat persediaan untuk bertanding mengikut standard sesuatu kejohanan yang mereka sertai.

''Jadi untuk beraksi pada kejohanan sukan yang lebih besar seperti Sukan Komanwel dan Sukan Asia, para atlet kita haruslah lebih bersedia.

''Apa yang penting mereka konsisten dalam latihan, mengikut nasihat persatuan.

''Saya yakin atlet kita sudah matang dan berpengalaman luas untuk menongkah cabaran pada setiap kejohanan yang mereka sertai.

''Mereka bukanlah orang baru dalam sukan, mereka tahun bagaimana mahu berjaya.

''Ada di antara mereka yang membesar sebagai atlet. Sebagai contoh atlet terjun, Bryan Nickson Lomas. Dia bermula sebagai atlet pelapis pada usia 14 tahun. Kini dia sudah dewasa.

''Saya percaya dia berpengalaman luas dan dapat sesuaikan diri pada setiap kejohanan yang disertainya,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.