VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 28/12/2009

Lukisan vandalisme dinding perlu dipantau


Tindakan segelintir kumpulan yang tidak bertanggungjawab menconteng dinding salah sebuah bangunan di Seremban yang mencacatkan pemandangan sekitarnya.


SEREMBAN 27 Dis. - Seni melukis dinding kini menjadi satu fenomena baru di kalangan remaja di negeri ini namun kehadirannya menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Walaupun sesetengahnya dihasilkan dengan indah dan cantik, ia sebenarnya boleh dianggap vandalisme kerana tidak mendapat kebenaran daripada pihak yang berkenaan.

Seorang penduduk di sini K. Saraswathy, 39, menyifatkan seni melukis dinding adalah satu perbuatan vandalisme kerana lukisan yang dilukis mencacatkan pemandangan di kawasan sekitar.

''Lihat saja dinding yang diconteng oleh orang yang tidak bertanggungjawab, saya pun tidak tahu apa motif lukisan tersebut, tetapi ramai yang suka bergambar di dinding itu,'' katanya.

Namun katanya, terdapat juga lukisan yang cantik itu akhirnya dicemari dengan lukisan-lukisan lain yang mencacatkan pemandangan.

Seorang pelajar, Azman Firdaus, 16, berkata, aktiviti lukisan adalah seni yang bagus dan perlu diberi galakan kepada penggiatnya.

''Seni lukisan dinding adalah satu perkara yang menarik dan unik. Oleh itu, pihak berkenaan perlu memandang serius dengan menyediakan dinding khas bagi mereka meluahkan idea tersebut,'' katanya.

Lim Chin Gun, 16, pula berkata, pihak berkuasa perlu memantau aktiviti menconteng dinding supaya mereka yang terbabit tidak menconteng di tempat yang tidak sepatutnya.

''Ada lukisan yang cantik dan ada lukisan yang buruk. Oleh itu, lukisan yang cantik kita boleh ketengahkan untuk menjadikan mereka pelukis yang terkenal di seluruh dunia,'' ujarnya.

Namun katanya, lukisan yang buruk amat menyakitkan mata.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.