ARKIB : 25/12/2009
Calon PMR dapat semua A meningkat
![]() |
|
Muhiddin Yusin (kiri) menyampaikan slip keputusan kepada seorang pelajar cemerlang PMR di Rumah Persekutuan di Kota Kinabalu, semalam. |
KOTA KINABALU 24 Dis. - Bilangan calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di negeri ini yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 734 orang tahun ini berbanding 659 orang tahun lepas.
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Dr. Muhiddin Yusin berkata, bilangan itu berdasarkan calon yang mengambil lebih daripada tujuh mata pelajaran dalam peperiksaan berkenaan.
"Tahun ini seramai 44 calon mendapat sembilan A, berbanding 19 orang tahun lepas manakala terdapat pertambahan 46 calon yang memperoleh lapan A berbanding 340 tahun lepas.
"Calon yang mendapat tujuh A pula seramai 304 orang berbanding 300 tahun lepas," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan keputusan PMR di Rumah Persekutuan di sini hari ini.
Muhiddin berkata, seramai 20,378 calon daripada 38,741 yang menduduki peperiksaan PMR tahun ini lulus semua mata pelajaran yang diambil berbanding 20,500 daripada 37,794 calon keseluruhan tahun lepas.
"Ini menunjukkan peningkatan 0.58 peratus berbanding pencapaian 2008 yang melibatkan sebanyak 282 pusat peperiksaan di seluruh Sabah yang telah dijalankan dari 12 hingga 16 Oktober tahun ini," katanya.
Dalam pada itu, katanya, 14 mata pelajaran yang ditawarkan kepada 38,741 calon di Sabah tahun ini menunjukkan peningkatan kelulusan yang memberangsangkan berbanding tahun lepas dengan kelulusan hampir 100 peratus.
"Turut mencatatkan kelulusan hampir 100 peratus ialah mata pelajaran Bahasa Kadazan yang pertama kali ditawarkan dalam peperiksaan tahun ini.
"Seramai 758 calon mengambil mata pelajaran Bahasa Kadazan yang melibatkan 31 sekolah dan kita mendapati keputusan amat cemerlang sekali dengan 94.2 peratus kelulusan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 12 buah sekolah di negeri ini mencapai kelulusan cemerlang ialah Sekolah Menengah Sains (Kota Kinabalu), Sekolah Menengah Sains (Lahad Datu), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu.
Turut cemerlang ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam (Kota Kinabalu), Sekolah Menengah Kebangsaan All Saints (Kota Kinabalu), Sekolah Menengah Kebangsaan St Francis Convent (Kota Kinabalu), Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Yuk (Likas).
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Petronas, Pengasih cegah penyalahgunaan bahan terlarang
Suara warga Kota Kinabalu terus didengari
Sarawak sasar 4 juta pelancong
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










