ARKIB : 18/12/2009
Tiada rebat air untuk golongan miskin tahun depan - Lim
PULAU PINANG 18 Dis — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menjelaskan bahawa rebat bil air yang diberikan kepada golongan miskin di negeri itu pada tahun ini, tidak akan dipanjangkan ke tahun depan.
Beliau berkata rebat bil air yang berjumlah RM17 juta itu diberikan pada tahun ini bagi membantu golongan miskin berikutan kenaikan harga minyak.
"Kita dah beritahu dulu bahawa rebat bil air itu diberikan sekali sahaja untuk membantu meringankan beban golongan miskin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kalendar Perdagangan Pulau Pinang 2010 di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai persoalan yang dibangkitkan Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim mengenai rebat bil air berjumlah RM17 juta yang tidak dimasukkan dalam Bajet Pulau Pinang 2010 ketika dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.
Azhar dilaporkan berkata tahun lepas kerajaan negeri berjanji akan memberi kepada kira-kira 170,000 keluarga di negeri ini rebat bil air sebanyak RM100 dengan empat kali rebat atau RM25 untuk setiap bil.
Lim berkata Azhar sepatutnya faham bahawa rebat itu diberikan hanya sekali iaitu pada tahun ini.
"Mengapa kita nak bentang dalam bajet 2010 sedangkan rebat itu diberikan untuk tahun 2009,” katanya.
— BERNAMA
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









