ARKIB : 17/12/2009
Teruja kelebihan kulit kayu manis
MELAKA 16 Dis. - Orang ramai tidak menyangka pokok kulit kayu manis boleh dijadikan sebagai perhiasan rumah kerana menghasilkan bau aroma wangi.
Rata-rata mereka tidak mengetahui kelebihan pokok kulit kayu manis kerana ia biasa digunakan dalam masakan.
Faridah Buhanan, 56, melahirkan rasa terkejut apabila mengetahui kulit kayu manis boleh dijadikan sebagai perhiasan rumah.
''Kalau kulit kayu manis biasalah saya gunakan untuk memasak bagi menyedapkan lagi bau dan rasa tetapi tidak pula tahu boleh dijadikan hiasan.
''Apabila saya lihat sendiri pokok ini dibuat hiasan dan menghasilkan bau yang cukup wangi barulah saya percaya mengenai kelebihannya," katanya.
Dia ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini ketika mengunjungi gerai Keningau pada pameran Satu Daerah Satu Produk (SDSI) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, baru-baru ini.
Katanya, ini adalah kali pertama dia melihat pokok kulit kayu manis.
Bagi Syarifah Shaharazan, 44, dia hanya mengetahui mengenai kulit kayu manis ini apabila orang ramai berpusu-pusu ke gerai Keningau.
''Saya teruja apabila melihat saiz kulit manis yang begitu panjang dan wangi sekali dan tidak sangka ia boleh dijadikan sebagai perhiasan rumah," katanya.
Menurutnya, dia dan suami membeli kulit kayu manis bukan untuk dijadikan sebagai bahan masakan tetapi untuk dijadikan hiasan.
Katanya, kulit kayu manis mempunyai haruman yang wangi serta boleh juga disimpan lama.
Bagi Ahmad Shafiee, 30, keunikan kulit kayu manis yang boleh dijadikan sebagai perhiasan aroma di rumah sudah diketahuinya.
''Saya pernah dengar tetapi baru kali ini saya dapat melihatnya. Memang kulit kayu manis ini banyak kelebihan.
''Di sini sukar untuk memperoleh kulit kayu manis kerana saya diberitahu ia banyak terdapat di Sabah," katanya lagi.
Kualiti udara tiga kawasan tahap sederhana
Masalah jalan mendap akan segera diselesai
Sidang pertama DUN ambil kira tarikh Parlimen
Arahan pindah premis hiburan kekal
Promosi perkenal makanan tradisional NS
Persandingan 19 pasangan pengantin saudara muslim meriah
Memulih pesaka, menjunjung adat
Tarik semula pelancong Arab
15,000 pengunjung meriahkan Melaka Parade
Masyarakat, NGO perlu jaga alam sekitar
Doktor Muda pupuk kesedaran kesihatan murid
3 premis makanan diarah tutup
Pejabat ADUN Pertang bawah khemah
Menara Taming Sari perkenal produk baharu
21 keluarga dinasihat pindah
Melaka bina 1,400 rumah PPR mulai Julai ini
Pulau Sebang perlu identiti baharu
Sukan jadi sub-sektor pelancongan
Tatu Tentera Darat gamit pengunjung
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










