VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 12/12/2009

Pasar pagi Kemboja Sg. Tiram


Orang ramai mengunjungi di Pasar Pagi di Batu 18 Sungai Tiram, Johor Bahru, semalam. - utusan/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 11 Dis. - Anda akan rambang mata melihat pelbagai jenis kain ela, baju kurung, kemeja, tudung atau jersi bola bila berkunjung ke Pasar Pagi Sungai Tiram, Batu 18 di sini.

Masakan tidak, pasar yang lahir daripada idea para peniaga Kemboja yang berhijrah di daerah tersebut sejak 1975 dulu kini meniti dari mulut ke mulut para pelanggannya.

Bukan sahaja pelbagai barangan dapat diperoleh di situ, malah harga yang ditawarkan juga murah kerana kebanyakannya dijual secara runcit dan borong.

Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan pelbagai barangan basah termasuk kuih-muih tempatan.

Pasar pagi yang juga dikenali sebagai Pasar Kemboja di kalangan penduduk setempat hanya beroperasi setiap Khamis dari pukul 7 pagi hingga tengah hari.

Terdapat lebih 100 peniaga daripada pelbagai daerah berniaga di kawasan tersebut termasuk peniaga dari Kuala Lumpur, Kota Tinggi dan tempatan sejak tujuh tahun lalu termasuk warga Kemboja.

Selain di Ulu Tiram, pasar serupa juga beroperasi setiap Rabu di Ayer Hitam dan Jumaat di Kota Tinggi.

Bagi Zahadi Zainun, 26, yang mula berniaga di situ sejak dua tahun lalu memilih menjual baju kemeja T dan jersi sukan terkini.

"Sewa di sini pun tak mahal, cuma RM10 untuk satu tapak. Kebanyakan peniaga di sini berniaga secara borong," katanya yang menetap di Taman Scientex, Kota Masai.

Dia mengakui tidak menghadapi masalah untuk mendapat bekalan pakaian untuk jualan kerana ada pembekal dari Kuala Lumpur menghantar stok kepadanya.

Lebih menarik, pengunjung pasar tersebut bukan sahaja terdiri daripada masyarakat tempatan malah warga negara asing yang bekerja di kawasan sekitar turut tidak melepaskan peluang mendapatkan pelbagai barangan.

Menurut peniaga dari Kota Tinggi, Sarani Hussein, 33, antara pelanggan tetapnya adalah rakyat Pakistan yang membeli secara borong untuk berniaga.

"Kita memang jual secara tunai. Orang Pakistan akan beli secara borong untuk dijual di tempat masing-masing. Kiranya, pasar ini bertaraf antarabangsa sebab orang luar pun datang," katanya sambil tersenyum.

Dia yang telah berniaga di situ sejak 10 tahun lalu berkata, harga yang ditawarkan kepada para pembeli jauh lebih murah, malah sehingga 30 peratus berbanding di kedai biasa.

"Saya hanya menyambung perniagaan emak yang dibuka sejak memasuki negara ini pada 1975 dan di pasar ini sahaja kami telah berniaga sejak 10 tahun lalu.

"Sambutan daripada pelanggan amat menggalakkan terutamanya pada musim cuti sekolah, cuti umum termasuk musim perayaan," katanya yang mendapatkan bekalan daripada pembekal di Kuala Lumpur.

Seorang lagi peniaga pakaian dari Cheras, Kuala Lumpur yang juga warga Kemboja, Saudi Idris, 46, mengakui turut berniaga di beberapa pasar pagi lain termasuk di Ayer Hitam, Kluang; Bandar Jengka dan Pekan, Pahang; Sungai Buloh dan Banting di Selangor.

Katanya, perniagaan di pasar berkenaan mempunyai pelanggan tersendiri, malah kebanyakan memilih pasar pagi berikutan harganya yang lebih murah berbanding kedai biasa.

"Kualiti sama dengan di kedai kain lain, tetapi di sini harga lebih murah serta para pelanggan juga boleh membeli secara borong," katanya yang mempunyai enam anak berusia antara empat hingga 31 tahun.

Dia membawa muatan pakaian seperti kain ela, tudung, kain pelekat dan batik serta lain-lain dengan menggunakan van.

Menurutnya, kain tudung yang dijualnya berharga antara RM5 hingga RM15, kain ela pula berharga RM15 hingga RM35 dan harga tersebut 10 hingga 20 peratus lebih murah berbanding kedai biasa.

Yusof Mohammad, 47, yang turut berniaga kain menyasarkan pelanggan bagi jualan runcit sahaja.

Dia yang dibantu empat pekerja termasuk seorang anaknya menjual pelbagai jenis pakaian, antaranya baju kurung siap, telekung, seluar, kain batik dan baju kemeja T.

"Para pelanggan suka membeli di sini kerana harga barangan yang dijual murah serta boleh tawar-menawar," katanya yang turut mendapatkan bekalan di Kuala Lumpur dan Johor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.