VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 07/12/2009

3 beradik sertai polis sukarela


AYUB Yaakob (kanan) mengucapkan tahniah kepada Phang Poh Poh sambil diperhatikan abangnya, Phang Chin Yee (kiri) dan Phang Chin Ewe (dua dari kanan) selepas menerima sijil tamat latihan sebagai Konstabel Sukarelawan Polis Simpanan di Sungai Bakap, Pulau Pinang, kelmarin.


PULAU PINANG 6 Dis. - Minat yang mendalam terhadap aktiviti sukarelawan telah mendorong tiga beradik berketurunan Cina dari Sungai Bakap di sini, menyertai Konstabel Sukarelawan Polis Simpanan.

Phang Chin Ewe, 21, berkata, beliau berasa gembira kerana akhirnya berjaya menamatkan latihan di bawah Program Kursus Asas Kepolisan.

Perasaan itu turut dikongsi bersama dua lagi adiknya, Phang Chin Yee, 20, dan Phang Poh Poh, 19.

Kursus itu dikhaskan untuk anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) siri 1/2009 bagi membolehkan mereka menjalankan tugas polis.

"Biarpun saya sibuk dengan tugas sebagai mekanik namun ia tidak menghalang saya untuk bergiat dalam aktiviti sukarelawan seperti ini.

"Malah saya turut berbangga apabila dua adik saya turut sama menyertai pasukan polis sukarelawan ini. Dengan penglibatan kami ini, saya harap lebih ramai kaum Cina akan mengikut jejak langkah kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sijil tamat latihan daripada Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob di sini semalam.

Majlis penyampaian sijil itu sempena Program Pencegahan Jenayah Komuniti Kepolisan Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di Dewan Chong Kuang, Sungai Bakap di sini.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program sehari itu seperti pameran aset dan peralatan Polis Diraja Malaysia, senamrobik, persembahan silat gayung patani dan kempen menderma darah.

Sementara itu, Ayub berkata, seramai 125 anggota polis sukarelawan daripada Rela dan JPAM telah menamatkan latihan untuk siri 1 pada tahun ini.

Katanya, mereka akan menjalankan tugas melalui kuasa yang sama seperti polis apabila berpakaian seragam untuk membanteras jenayah.

"Saya berharap lebih ramai remaja tampil menyertai pasukan sukarelawan ini terutama belia Cina dan India agar penglibatan masyarakat dalam aktiviti seperti ini dapat dipertingkatkan," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.