VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 02/12/2009

Pelajar UiTM pamer kreativiti


Gabungan hitam dan biru pilihan Rosmariya Mustapa.


DUNIA rekaan fesyen amat berkait rapat dengan elemen-elemen kreatif dan imaginasi. Hanya mereka yang berjaya menterjemah dua aspek ini dengan sempurna mampu bertahan dalam dunia tersebut.

Begitupun langkah pertama untuk menjadi pereka berjaya akan jadi lebih mudah apabila memperoleh tunjuk ajar yang betul seperti melalui pendidikan formal.

Hakikat itu dibuktikan oleh 20 pelajar tahun akhir Ijazah Kepujian Seni Reka Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM), yang mengambil bahagian dalam Pertunjukan Fesyen Degri 2009 yang diadakan di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Gabungan antara kreativiti dan tunjuk ajar formal nyata memberi arah tuju pada rekaan-rekaan yang dihasilkan.

Malah arus fesyen perdana mungkin sudah boleh membuka mata pada aspirasi pereka-pereka muda ini dalam menterjemah maksud fesyen sebenar.

Dianjurkan oleh UiTM dan Koperasi Sekapur Sireh, pertunjukan fesyen ini turut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor UiTM, Profesor Mustaffa Zain.

Tema Busana Muslim Kontemporari menjadi pilihan bagi pertunjukan fesyen ini kerana pada masa kini trend dalam berpakaian muslim semakin mendapat tempat di kalangan pelbagai golongan masyarakat Islam di negara ini.

Fesyen yang sopan, menutup aurat merupakan ciri utama dalam berpakaian Islam.

UiTM sebagai sebuah institusi yang dipelopori oleh pelajar-pelajar Islam mahu memperkenalkan rekaan fesyen Islam yang moden lagi kontemporari.

"Pihak kami merasakan sebelum pelajar-pelajar daripada universiti lain memulakan pertunjukan fesyen yang bertema sebegini, jadi biarlah pelajar-pelajar UiTM ini sendiri berkarya berdasarkan daripada penghayatan dan budaya di sekeliling mereka.

"Pelajar-pelajar ini perlu menyiapkan sebanyak enam pasang baju namun hanya empat atau lima yang terbaik sahaja yang diperagakan di atas pentas pada malam pertunjukan fesyen ini.

"Terpulang kepada mereka untuk menghasilkan idea dalam rekaan mereka. Sebenarnya UITM ingin mencabar pelajar-pelajar ini untuk menghasilkan idea bagaimana hendak menghasilkan karya berdasarkan tema yang telah ditetapkan,'' demikian kata Ketua Program Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis Seni Reka UITM, Anas Musavir.

Tambahnya, pelajar-pelajar diberi kebebasan untuk memilih inspirasi yang bersesuaian dengan konsep busana muslim kontemporari.

Rekaan yang ingin diketengahkan adalah hasil daripada idea-idea kreatif melalui proses penyelidikan dan kajian yang telah dijalankan.

Beliau berkata, walaupun bertema busana Muslim kontemporari namun mereka tidak semestinya menghasilkan pakaian yang terlalu terkongkong kepada pakaian muslim.

Banyak yang akan dinilai seperti daripada aspek kreativiti, pola, warna, tekstur, format dan elemen rekaan.

"Kami mahu melihat bagaimana mereka menyampaikan idea mereka dalam tema ini. Kadang-kadang rekaan yang dihasilkan memang nampak tidak praktikal langsung dan orang tidak akan sanggup pakai. Namun ini hanya untuk nilai-nilai komersial dan untuk akademik sahaja.

"Pelajar-pelajar ini yang mengikuti pengajian selama dua tahun, diberi masa selama lapan bulan untuk menyiapkan rekaan daripada mula hingga berada di atas pentas.

"Mereka mula membuat kajian daripada semester lima dan terus hingga semester enam supaya idea yang dipersembahkan nampak lebih mantap.

"Setiap helai pakaian yang dipersembahkan, dijahit sendiri oleh para pelajar kerana kami mahu mereka melalui dan mempelajari pelbagai masalah yang akan dihadapi jika mereka berada di luar kelak.

"Umpamanya bagaimana menghadapi masalah dengan fabrik bagi menghasilkan baju. Ada fabrik yang lembut, kejang, keras, nipis, tebal dan sebagainya. Ini akan menjadikan pelajar lebih faham, berpengetahuan dan berani menghadapi cabaran dengan pola-pola yang lebih rumit,'' ujarnya.

Anas berkata, segala perbelanjaan dalam menghasilkan setiap rekaan adalah atas perbelanjaan pelajar sendiri. Namun pihak UITM turut memberikan sumbangan dalam penyediaan bahan-bahan asas.

Selain pemarkahan diberikan pada persembahan di atas pentas, setiap pelajar diberi penilaian awal daripada segi kreativiti, pemahaman, kajian, hasil produk dan kesungguhan.

Pihak UiTM akan menyimpan satu atau dua helai pakaian terbaik setiap pelajar untuk kegunaan Jabatan Seni Reka Fesyen kelak.

Pada pertunjukan fesyen malam itu, para pelajar telah dinilai oleh tiga orang panel hakim terdiri daripada Salikin Sidek, Mahani Awang dan Jasmi Rejab.

Empat orang pelajar telah terpilih memenangi kategori-kategori berbeza. Anugerah Khas Salikin Sidek berupa trofi dan wang tunai RM1,000 diraih Mohd Arefen Zaidin, Koordinator Terbaik (Mohd Arefen Zaidin), rekaan Paling Inovatif dan Kreatif (Dzaizatul Syima Razak) dan Koleksi Terbaik Azieyah Kaslan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.