Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 02/12/2009
Ribut petir, hujan lebat di pantai timur hingga Jumaat

Ribut petir, hujan lebat di pantai timur hingga Jumaat

02/12/2009 11:33am

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Penduduk di kawasan Pantai Timur dijangka terus mengalami hujan lebat sehingga pagi Jumaat ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan itu yang dikategorikan sebagai peringkat jingga, diramal berterusan di Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala daerah yang akan terlibat di Kelantan pula ialah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dari semasa ke semasa peringkat kuning pula dijangka turun di Kelantan (Kota Baharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Kedah (Baling, Sik, Padang Terap dan Kubang Pasu), Johor (Mersing), Perlis, dan Perak (Hulu Perak).

Keadaan itu semua boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing sungai.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang dijangka melanda perairan Condore dan Samui (Kelantan dan Terengganu) bermula Jumaat ini dan berterusan hingga dua hari kemudian, menyebabkan kawasan Pantai Timur Semenanjung (Kelantan dan Terengganu) terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut dan berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Ribut petir yang berlaku di perairan Pahang, Terengganu dan Kelantan dijangka berterusan sehingga malam ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN