|
TAWAU 2 Dis. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Standard Guru Malaysia (SGM) yang akan menjadi panduan melahirkan guru berkualiti, berkemahiran tinggi dan mampu berfungsi secara efektif dalam bilik darjah.
Beliau berkata, SGM akan menjadi garis panduan bagi pembangunan profesionalisme guru berasaskan kompetensi yang diharapkan.
“Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang menghasilkan piawaian guru secara khusus,” katanya ketika merasmikan Institut Pendidikan Guru Tawau, di sini hari ini. - Utusan
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|