Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 02/12/2009
Yukiya ketuai agensi pemerhati atom PBB

Yukiya ketuai agensi pemerhati atom PBB

02/12/2009 2:33am

VIENNA 1 Dis. - Diplomat Jepun, Yukiya Amano hari ini secara rasmi dilantik sebagai ketua agensi pemerhati atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyifatkan situasi terkini agensi itu sebagai ‘bergolak’.

“Ini adalah hari pertama saya sebagai Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang baru,’’ kata Amano, 62, kepada pemberita sejurus tiba bagi mesyuarat pertama dengan kakitangannya ketika cuaca sejuk dan hujan di ibu negara Austria itu.

“Seperti yang anda lihat hujan sedang turun, namun ‘ribut’ sedang menyelubungi agensi ini. Kita berdepan banyak isu yang sangat berat dan mencabar, tetapi saya akan lakukan yang terbaik,’’ tambahnya.

Minggu lalu, 35 ahli lembaga agensi tersebut meluluskan satu resolusi yang tegas terhadap Iran berhubung program nuklear kontroversinya yang telah disiasat IAEA untuk lebih tujuh tahun.

Pelantikan Amano itu dibuat bagi menggantikan diplomat Mesir, Mohamed ElBaradei, yang meletak jawatan semalam selepas 12 tahun berkhidmat sebagai Ketua Pengarah IAEA. - AFP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN