Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 01/12/2009
Dua kanak-kanak cedera terkena serpihan peluru

Dua kanak-kanak cedera terkena serpihan peluru

01/12/2009 10:29pm

KUALA LUMPUR 1 Dis. — Dua kanak-kanak cedera parah di kaki kanan akibat terkena serpihan peluru daripada selaras senapang patah milik seorang pengawal keselamatan sebuah premis Tenaga Nasional (TNB) yang terjatuh dan meletup.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.40 petang hari ini semasa ibu kepada salah seorang mangsa sedang membayar bil elektrik di pejabat cawangan TNB di Jalan Klang Lama di sini.

Ahmad Faiz Roslan, 12, dikatakan cedera teruk di ibu jari kanan, manakala sepupunya Muhamad Faris Abdullah, 12, cedera di tapak kaki kanan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN