|
PUTRAJAYA 1 Dis. — Semua bot yang menggunakan lesen C2 (laut dalam) diwajibkan memasang Unit Pengesan Bot (VTU) ketika memperbaharui lesen masing-masing mulai tahun depan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, VTU merupakan alat untuk mengawal aktiviti perikanan laut dalam di negara ini serta mengelak sebarang operasi pendaratan ikan negara asing.
"Setakat ini, hampir semua bot yang beroperasi di Semenanjung Malaysia memasang VTU kecuali 60 peratus lagi beroperasi di Sarawak dan Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan 30 anggota usahawan asas tani dari kawasan Parlimen Batang Lupar dan cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Padungan di pejabatnya di sini hari ini. - Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|