Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 01/12/2009
SPRM siasat isu pindah milik tanah di Pandamaran

SPRM siasat isu pindah milik tanah di Pandamaran

01/12/2009 7:04pm

KUALA LUMPUR 1 Dis. — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilibatkan bagi menyiasat isu pemindahan hak milik tanah di Kampung Jalan Papan dan Kampung Bukit Kerayong, Pandamaran, Klang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, hasil perbincangannya dengan jawatankuasa penduduk dari kedua-dua kampung itu, beliau mendapati terdapat unsur penyalahgunaan kuasa dalam proses perpindahan hak milik tanah daripada penduduk kepada pemaju.

Beliau berkata, wakil penduduk kampung tersebut juga telah mengemukakan laporan kepada SPRM pada 2 Sept. lepas, namun sehingga kini mereka tidak dimaklumkan tentang perkembangan kes itu.

"Dengan itu saya sebagai menteri yang bertanggungjawab secara langsung dengan SPRM akan menghubungi Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed supaya mengambil tindakan, hasil daripada laporan yang telah dibuat,” katanya kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada kedua-dua jawatankuasa penduduk kampung itu di lobi Parlimen di sini hari ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN