|
PASIR MAS 1 Dis. — Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra menyumbang wang tunai kepada 350 orang mangsa banjir dari jajahan Pasir Mas dan Tumpat.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, bantuan wang tunai berjumlah RM70,000 itu bertujuan membantu meringankan bebanan yang ditanggung mangsa banjir.
Majlis penyampaian itu berlangsung di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas hari ini dan disempurnakan oleh Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra, yang mewakili Tengku Muhammad Faris Petra. - Bernama
IKLAN@UTUSAN
|