Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 01/12/2009
Bahan semula jadi dalam sawit boleh bunuh sel kanser

Bahan semula jadi dalam sawit boleh bunuh sel kanser

01/12/2009 6:58pm

SINGAPURA 1 Dis. – Saintis di negara ini telah menemui bahan semulajadi dalam kelapa sawit yang boleh membunuh sel kanser payu dara.

Bahan itu dikenali sebagai ‘gamma-tocotrienol’, diekstrak dalam bentuk semulajadi dari kelapa sawit, mempamerkan keupayaan membunuh sel kanser itu, menurut penemuan oleh Davos Life Science Singapore, pusat penyelidikan dan pembangunan.

Menurut kenyataan pusat itu hari ini, bahan tersebut ditemui pada paras rendah dalam sumber makanan seperti kelapa sawit, barli dan beras.

Pusat itu juga memaklumkan bahawa saintisnya bekerjasama dengan Fakulti Perubatan Li Ka Shing Universiti, Hong Kong dan Pusat Penyelidikan Kanser Prostat Australia dalam menjalankan kajian mengenai kanser itu.

Kajian itu menunjukkan semasa menjalankan uji kaji in-vitro, bahan semulajadi itu didapati lebih mujarab daripada `Docetaxel’, ubat yang sering digunakan dalam kemoterapi untuk merawat kanser payu dara. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN