|
KUALA LUMPUR 1 Dis. — Hujan sekejap-sekejap dan kadangkala lebat dijangka berlaku di Marang dan Dungun sehingga esok dan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah berdekatan tebing sungai.
Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi menjangkakan situasi yang sama juga dijangka berlaku di daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Kemaman di Terengganu dan di daerah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta di daerah Mersing, Johor sehingga esok.
Angin kencang Timur Laut sehingga mencapai kelajuan 40-50km sejam dengan keadaan ombak setinggi 3.5 meter pula dijangka berlaku di perairan Condore dan Samui (Kelantan dan Terengganu) dari Jumaat sehingga Ahad ini. - Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|