Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 01/12/2009
Anwar gagal mohon gugur tuduhan liwat

Anwar gagal mohon gugur tuduhan liwat

01/12/2009 10:41am

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah menetapkan perbicaraan kes liwat Anwar selama sebulan mulai 25 Januari tahun depan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh itu setelah menolak permohonan Anwar dengan alasan laporan perubatan dalam kes itu tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah membatalkan pertuduhan

Hakim juga menyatakan bahawa hanya dengan menunjukkan sebahagian pasukan pendakwa raya pada kes ini adalah sama dalam kes liwat 1998 tidak cukup untuk mahkamah menyatakan pasukan pendakwa raya berat sebelah dan tuduhan kali ini berniat jahat. - Utusan

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN