Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
PARLIMEN

ARKIB : 01/12/2009
Akta antiseludup orang dipinda?

Akta antiseludup orang dipinda?

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Jabatan Peguam Negara akan meminda Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 bagi menangani kegiatan penyeludupan manusia yang sering menjadikan negara ini sebagai transit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien (gambar) berkata, pindaan itu antara lain akan memasukkan kesalahan penyeludupan manusia di dalam akta tersebut agar aspek perundangan, penguatkuasaan dan perlindungan mangsa lebih tersusun.

"Langkah ini penting bagi mengatasi kelemahan dan kekaburan dalam akta tersebut kerana kita tidak mahu lagi dilabelkan sebagai sebuah negara yang memperdagang dan menyeludup manusia," katanya dalam jawapan bertulis pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai jumlah individu yang telah ditangkap dan didakwa kerana terbabit dengan aktiviti penyeludupan manusia.

Mengulas lanjut, Hishammuddin memberitahu, sejak akta itu mula berkuat kuasa pada tahun lepas, seramai 88 individu telah ditangkap dan 39 daripadanya didakwa dengan lima penjenayah disabitkan dengan kesalahan.

Katanya, sebagai sebuah negara yang masih baru dalam usaha membanteras aktiviti memperdagang dan menyeludup manusia, terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan.

Oleh itu, jelasnya, selain bakal membuat pindaan terhadap akta sedia ada, kerajaan juga telah menubuhkan Majlis Anti Pemerdagangan Orang.

"Kerajaan juga telah mewujudkan jaringan kerjasama dari segi perkongsian dan pertukaran maklumat risikan di antara agensi-agensi penguat kuasa di peringkat serantau dan antarabangsa," katanya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN