|
KUALA LUMPUR 30 Nov. — Kabinet bersetuju merombak kurikulum dalam kursus Biro Tata Negara (BTN) supaya ia lebih sesuai untuk semua kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, keputusan kabinet minggu lalu itu dibuat bagi memastikan kursus tersebut tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja dan tidak memecahkan rakyat mengikut etnik.
"Kita harus merombak kurikulum BTN. Sekarang konsep IMalaysia. Kurikulum sebelum ini tidak menepati dengan hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. - Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|