|
KUALA LUMPUR 30 Nov. - Kurikulum Biro Tatanegara (BTN) akan dirombak bagi mencerminkan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, Kabinet telah membuat keputusan untuk mengubah kurikulum tersebut supaya bersifat lebih inklusif dan tidak membelah bahagikan rakyat Malaysia.
"BTN mesti dirombak bagi menampakkan kehendak Perdana Menteri yang memperjuangkan semangat 1Malaysia.
"Saya percaya BTN telah diarah oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk menukar kurikulumnya,"katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. - Utusan
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|