|
LANGKAWI 30 Nov. - Kementerian Pertahanan akan memberi keutamaan kepada ”rakan” dalam rancangan pembelian tiga kapal bantuan pelbagaiguna (MSS) untuk memperkuatkan armada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, syarikat atau negara luar yang bersetuju memindahkan teknoloji, berkongsi pengalaman dan memberi latihan kepada TLDM sahaja akan diberi keutamaan.
Katanya, perolehan kapal tersebut akan dibuat secara tender terbuka kepada negara-negara ”rakan” di seluruh dunia bermula dari Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) sehingga RMK-12.
"TLDM akan menghantar satu kumpulan pegawainya untuk membuat penilaian, menentukan reka bentuk dan saiz kapal tersebut agar sesuai dengan limbungan TLDM di negara ini.
"Selain itu, ”rakan” yang diberikan kontrak hendaklah membina sebuah daripada tiga kapal tersebut di negara ini bagi memudahkan pemindahan teknoloji,” katanya kepada pemberita di atas kapal frigat KD Lekui di Awana Porto Malai di sini, hari ini. - Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|