Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 30/11/2009
Penjadualan semula: tujuh penerbangan awal haji terlibat

Penjadualan semula: tujuh penerbangan awal haji terlibat

30/11/2009 4:26pm

MEKAH 30 Nov. — Penjadualan semula penerbangan pesawat sewa khas Tabung Haji bagi membawa pulang jemaah haji ke tanah air cuma melibatkan tujuh penerbangan awal dari 2 hingga 10 Disember, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom hari ini.

Beliau berkata, pihak Tabung Haji sebelum ini sudah membuat tempahan awal bagi membawa pulang kesemua 26,000 jemaah haji Malaysia bermula 2 Disember hingga 2 Januari ini, namun pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah meminta supaya dilakukan penjadualan semula.

Katanya, pihak berkuasa berkenaan meminta supaya dibuat penjadualan semula dalam usaha mengelak kesesakan di lapangan terbang itu yang sedang menjalani proses menaik taraf.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu pihak berkuasa lapangan terbang hanya membenarkan empat pesawat sewa khas membuat penerbangan dalam sehari iaitu masing-masing dua Penerbangan Malaysia (Mas) dan Saudi Airlines untuk membawa pulang jemaah haji ke tanah air.

Katanya, penjadualan semula itu akan membabitkan 2,800 jemaah haji dan mereka yang terlibat sudahpun dimaklumkan mengenainya dan mereka menerimanya dengan positif. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN