|
PULAU PINANG 30 Nov. — Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengemukakan cadangan calon baru bagi jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) serta barisan ahli majlisnya kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 18 November lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata, tidak salah bagi kerajaan negeri untuk mengemukakan cadangan baru itu dan terpulang kepada Seri Paduka untuk membuat keputusan mengenainya.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan hanya mewartakan nama Yang Dipertua Majlis serta barisan ahli majlisnya selepas mendapat perkenan daripada baginda. - Bernama
IKLAN@UTUSAN
|