|
ROM 30 Nov. – Seorang tukang masak warga Itali dilaporkan hilang daripada kapal persiaran yang mempunyai bendera Amerika Syarikat dan sedang disiasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Menurut Kementerian Luar, kali terakhir Angelo Faliva dilihat kira-kira pukul 8.15 petang waktu tempatan pada Rabu lalu ketika sedang bertugas di dapur dalam kapal Princess Cruises `Coral Princess’ tersebut.
Kakak kepada Faliva, Chiara Faliva memberitahu semalam bahawa mereka mengetahui berhubung insiden ini Khamis lalu.
Kapal Coral Princess meninggalkan Miami pada 23 November lalu. Dia dilaporkan hilang ketika dalam pelayaran antara Aruba ke Cartagena, Colombia. – AP
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|