VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 29/11/2009

Busana haji dan umrah




RAMAI yang memilih jubah yang dipakai wanita Arab berwarna hitam, labuh, berlapis dan terlalu panjang untuk mengerjakan umrah atau haji. Ini menyebabkan busana ini tidak praktikal dipakai orang Asia.

Jubah paras buku lali dipakai dengan seluar panjang menjadi pilihan kerana sesuai untuk orang Asia. Seluar panjang getah bercerut di kaki lebih praktikal kerana boleh dipakai ketika mengerjakan solat tanpa mengenakan telekung.

Sementara itu, ramai yang memilih untuk berjubah seluar (jubah paras lutut) tetapi ia masih menampakkan bentuk kaki.

Terbaik, pilihlah jubah labuh yang longgar.

Selain sesuai dipakai ketika solat, pakaian ini sesuai dipakai ketika berziarah.

Cita rasa

Kini, jemaah umrah dan haji tidak perlu meniru imej Arab tetapi menampilkan cita rasa Malaysia ketika cuaca panas. Fabrik seperti satin dan likra mudah diurus kerana tidak perlu digosok dan selesa dipakai. Selain itu, fabrik polister turut diguna kerana ia tidak memerlukan penjagaan rapi.

Fabrik kapas pula selesa dipakai dan menyerap peluh.

Warna seperti putih, hitam dan samar menjadi pilihan bagi mengelak menarik perhatian orang lain.

Bagi yang inginkan kelainan, mungkin boleh mencuba jubah bercorak sederhana. Selain boleh dipadankan dengan telekung, ia boleh pakai dipakai ketika membeli-belah.

Malah, Muslimah boleh mengenakan telekung yang berbeza daripada lazim seperti warna putih. Warna yang lembut dengan corak yang sederhana menjadikan penampilan Muslimah lebih istimewa. Telekung daripada kain kapas dan sutera menjadi pilihan terkini.

Tampil dengan beg, ia mudah dilipat, disimpan dan dibawa ke mana sahaja.

Menariknya, jubah atau telekung ini bukan sahaja boleh digayakan ketika menunaikan umrah atau haji. Ia masih digunakan selepas itu sama ada musim perayaan atau majlis-majlis rasmi.

Koleksi busana kali ini lebih moden dan terkini tetapi masih sopan.

Koleksi busana Muslim daripada Hajaba ini boleh didapati di butik Hajaba di Bangsar, Shah Alam, wangsa Maju, bangi, Johor Bahru, Sungai Petani, Kuantan, Melaka dan Ipoh. Mereka yang berminat boleh layari laman web www.hajaba.com.my.

Sementara itu, pemilik Hajaba, Mona Din memberitahu, satu jenama khas untuk mereka yang mencari busana menunaikan haji atau umrah akan dilancar pada tahun hadapan.

Butik yang diberi nama umraHajj ini memudahkan Muslimah yang selama ini bergantung kepada busana dari negara jiran seperti Indonesia mencari pakaian ibadat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.