Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 29/11/2009
Buruh binaan maut digilis komuter

Buruh binaan maut digilis komuter

29/11/2009 7:27pm

KUALA LUMPUR 29 Nov. — Seorang buruh binaan warga Bangladesh ditemui mati dengan badannya hampir hancur akibat digilis komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) di laluan Pelabuhan Klang-Kuala Lumpur berhampiran Batu 7, Jalan Klang Lama di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi, buruh yang identitinya belum dikenal pasti itu difahamkan cuba melintas landasan keretapi terbabit sebagai jalan pintas ke rumahnya.

Lelaki yang dalam lingkungan umur 30-an itu dirempuh dan diseret tren tersebut sejauh kira-kira 10 meter sebelum tercampak ke tepi landasan.

Mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN