|
KUALA TERENGGANU 29 Nov. — Seramai 11 anggota Persatuan Penternak Ikan di Laguna Gong Batu (PPILGB), Setiu mengalami kerugian hampir RM1 juta apabila 15 tan ikan kerapu yang mereka usahakan mati sejak tiga hari lalu.
Timbalan Pengerusi PPILGB, Johari Awang berkata, kejadian itu mula berlaku Jumaat lalu apabila ikan-ikan dalam sangkar itu didapati mati dipercayai disebabkan limpahan air hujan.
"Ikan-ikan tersebut didapati mati sedikit demi sedikit sehingga pagi ini pun masih lagi ada ikan mati,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, spesies ikan kerapu yang hidup dalam air masin tidak mampu bertahan lama dalam air tawar, tidak sepertimana ikan siakap yang mampu bertahan dalam air tawar.
Johari berkata, di lagun tersebut terdapat kira-kira 1,500 sangkar kerapu dan siakap yang diusahakan 65 penduduk kampung kebanyakannya nelayan. - Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|