Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 29/11/2009
Dua 'orang kuat' PKR Papar sertai UMNO

Dua 'orang kuat' PKR Papar sertai UMNO

29/11/2009 3:00pm

PAPAR 29 Nov. — Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali dan Ketua Pemuda bahagian itu yang juga Setiausaha Pemuda PKR negeri, Faizal Julaili hari ini mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menyertai UMNO.

Kedua-dua ‘orang kuat’ PKR Papar itu menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua UMNO Bahagian Papar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail di dua majlis yang berbeza, dekat sini.

Pada majlis itu, Awang Mumin dan Faizal berikrar akan taat setia kepada Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, rakyat khususnya penyokong pembangkang kini mulai sedar dan menaruh keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan BN dan UMNO.

Katanya, ini kerana mereka yakin hanya dengan BN sahaja akan dapat menjamin kestabilan pembangunan, ekonomi dan politik di Sabah. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN