Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 29/11/2009
Kalimah Allah, Muhammad pada hirisan daging korban

Kalimah Allah, Muhammad pada hirisan daging korban

29/11/2009 2:32pm

JOHOR BAHRU 29 Nov. _ Seorang penduduk Taman Bukit Jaya, Ulu Tiram di sini terkejut apabila daging korban yang diterimanya mempunyai lakaran kalimah Allah dan Muhammad.

Penduduk tersebut pada mulanya menghiris seketul daging untuk digoreng kira-kira pukul 3 petang semalam di rumah, namun dia berasa pelik apabila ternampak urat lemak daging itu mempunyai kalimah pada permukaan enam hirisan daging.

Dia kemudian terus memberikan daging itu kepada Pengerusi surau, Che Ahmad Safar, 58, yang kemudian menunjukkan enam ketul hirisan daging itu kepada penduduk lain dan para jemaah surau itu.

Che Ahmad berkata, dia menunjukkan ketulan hirisan itu bagi menambahkan lagi kepastiannya dan ternyata setiap penduduk mengakui bahawa lakaran tersebut adalah kalimah Allah dan Muhammad.

"Bila saya nampak maka rasa kesyukuran bertambah kerana ini adalah antara tanda kebesaran Allah dan mudah-mudahan Allah memberikan keberkatan kepada mereka yang menyumbang dengan ikhlas dalam ibadah korban ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata, selepas disemak, daging berkenaan adalah daripada bahagian peha seekor daripada enam ekor lembu yang dikorbankan oleh penduduk di surau berkenaan.

Tambah Che Ahmad, setakat ini, lima hirisan berkenaan masih disimpan di dalam peti sejuk. - Utusan

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN