|
KANGAR 29 Nov. - Tindakan kerajaan Selangor mengharamkan kakitangannya dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) negeri itu menyertai kursus anjuran Biro Tata Negara (BTN) disifatkan bermotif politik.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah berkata, dakwaan kononnya kursus BTN merupakan `sesi membasuh otak' adalah satu fitnah yang sengaja direka dengan niat jahat.
"Tindakan mengharamkan orang Selangor menyertai kursus BTN adalah karut. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri pernah menghadiri kursus anjuran BTN.
"Kursus BTN tidak diselitifkan unsur negatif, malah modulnya diiktiraf di peringkat dunia. Banyak negara mahu mengambil modul kita bagi dipraktikkan di negaranya," ujar beliau pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Perniagaan Kecil Agro (Tani & Francais) di Dewan Warisan di sini hari ini. - Utusan
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|