|
PUTRAJAYA 29 Nov. - Malaysia tersenarai sebagai salah satu daripada lima destinasi di rantau Asia Pasifik yang paling diminati ekspatriat atau pemastautin dari luar negara.
Kajian yang dilakukan HSBC Bank International (HSBC) mendapati, Australia merupakan negara yang paling digemari ekspatriat di rantau Asia Pasifik diikuti Thailand, Singapura, Hong Kong dan Malaysia.
Secara global pula, Malaysia menduduki tangga ke-11 berbanding Bahrain (5), Afrika Selatan (6), Perancis (7), Amerika Syarikat (8), Jerman (12), Belgium (15), Jepun (16), Vietnam (19), China (22), United KIngdom (23) dan India (25).
Daripada 26 negara yang menerima kajian, Kanada secara keseluruhannya merupakan negara yang paling diminati ekspatriat manakala Qatar merupakan negara paling tidak diminati. - Utusan
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|