Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 29/11/2009
Kemalangan Tiger Woods kekal misteri

Kemalangan Tiger Woods kekal misteri

29/11/2009 2:20pm

MIAMI 29 Nov. - Kemalangan jalan raya kelmarin yang menyebabkan Tiger Woods mengalami kecederaan di bahagian muka masih kekal misteri ekoran keengganan bintang terkemuka sukan golf itu menjelaskan insiden tersebut kepada Patrol Lebuh raya Florida (FHP).

Pegawai FHP dikatakan dalam perjalanan untuk menemubual Woods dan isterinya yang merupakan bekas model Sweden, Elin Nordegren petang kelmarin berhubung kemalangan tersebut tetapi gagal melakukannya kerana menerima pesanan bahawa pasangan itu tidak boleh mengadakan pertemuan.

Dalam pada itu, pegawai-pegawai FHP masih menjalankan siasatan di tempat kejadian yang melibatkan kenderaan sports utiliti (SUV) Cadillac yang dipandu oleh Woods.

Kejadian tersebut berlaku berhampiran dengan kediaman pemain golf terkemuka dunia tersebut yang dikatakan bernilai hampir AS$2 juta (RM6.7 juta).

Kemalangan yang berlaku pada 2.25 pagi, Jumaat lalu menyaksikan kenderaan tersebut melanggar paip bomba dan kemudiannya menghentam sebatang pokok.

Ekoran itu, Woods ditahan sementara di hospital dan dibenarkan keluar tidak lama selepas itu. Pemain golf sensasi Amerika Syarikat itu hanya mengalami luka di bahagian bibir.

Pihak berkuasa bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa pengaruh alkohol tidak terlibat dalam insiden pelanggaran tersebut. - AFP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN