Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 29/11/2009
Bekas peninju Terengganu ditemui mati dalam kereta

Bekas peninju Terengganu ditemui mati dalam kereta

29/11/2009 2:02pm

BESUT 29 Nov. — Mayat seorang lelaki yang juga bekas peninju Persatuan Tinju Amatur Terengganu (PTAT) ditemui di dalam sebuah kereta di tepi jalan utama Jertih-Kota Baharu dekat Kampung Padang Landak di sini, kira-kira pukul 8 malam semalam.

Salleh Awang, 46, berasal dari Kampung Simpang Tiga Che Mohid, Guntung Dalam, Setiu pernah mewakili Terengganu dalam beberapa kejohanan tinju kebangsaan anjuran Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM), kini bekerja sendiri dengan membawa kereta sewa di bandar Jertih.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata Salleh dilihat memberhentikan keretanya oleh orang ramai di kawasan itu kira-kira pukul 5 petang semalam.

Menurutnya pada masa itu, orang yang lalu lalang di situ tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka beliau hanya tidur dan berhenti berehat.

"Bagaimanapun, seorang penduduk yang melintasi keretanya kira-kira pukul 7 petang mula mengesyaki sesuatu apabila melihat mangsa terbaring di dalam keretanya tanpa bergerak lalu melaporkan kepada polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN