|
PORT OF SPAIN (Trinidad dan Tobago) 29 Nov. — Ketua-ketua kerajaan negara anggota Komanwel yang berhimpun untuk menghadiri mesyuarat dwitahunan perkumpulan itu di sini bersetuju menerima permohonan kemasukan Rwanda ke dalam Komanwel.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka bersetuju menerima permohonan keanggotaan Komanwel Rwanda selepas memastikan negara itu telah memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.
"Ia telah diransang dengan komitmen negara itu ke arah demokrasi serta nilai-nilai yang didukung oleh Komanwel,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir hari kedua Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
2009 di sini pada Sabtu.
CHOGM 2009 yang berlangsung tiga hari itu dirasmikan Ratu England, Ratu Elizabeth II pada Jumaat.
Negara yang dilingkungi daratan, Rwanda, yang punah akibat pembunuhan kaum pada tahun 1990-an, menyatakan hasrat berminat menyertai Komanwel pada Januari 2008. - Bernama
IKLAN@UTUSAN
|