Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 29/11/2009
Keadaan banjir di Terengganu semakin surut

Keadaan banjir di Terengganu semakin surut

29/11/2009 10:30am

KUALA TERENGGANU 29 Nov. — Banjir di Terengganu semakin surut dan keadaan kembali normal apabila jumlah penduduk di daerah Kuala Terengganu, satu-satunya kawasan yang masih dilanda banjir berkurangan kepada 40 orang.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri berkata, hanya sebuah pusat pemindahan mangsa banjir masih dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak.

Jurucakap itu berkata, mangsa banjir yang masih berada di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak terdiri daripada penduduk Taman Desa, Pusu Tiga disebabkan air di kawasan rumah mereka belum kering sepenuhnya.

Beliau berkata, mangsa-mangsa itu mungkin dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekiranya keadaan cuaca terus bertambah baik hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri berkata, paras air sungai-sungai utama di Terengganu semuanya berada di paras biasa sejak beberapa hari lalu. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN