Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 29/11/2009
Pemain piano klasik Perancis meninggal dunia

Pemain piano klasik Perancis meninggal dunia

29/11/2009 3:16am

PARIS 28 Nov. - Pemain piano klasik Perancis, Genevieve Joy meninggal dunia hari ini dalam usia 90 tahun, menurut suaminya, komposer Henri Dutilleux.

Joy, yang pernah menjadi guru kepada beberapa komposer kurun ke-20 termasuk Dutilleux, meninggal dunia ketika sedang tidur semalam di sebuah hospital di Paris, menurut suaminya.

Dilahirkan pada tahun 1919 di utara daerah Somme di Perancis, Joy merupakan bekas penuntut di `Paris Conservatoire’, pernah memenangi beberapa anugerah dan kembali semula ke institusi itu sebagai seorang guru.

Beliau berkahwin dengan Dutilleux, yang dua tahun lebih muda daripadanya pada tahun 1946.

“Beliau banyak menyumbang kepada muzik kontemporari,” kata Dutilleux kepada AFP, memainkan karya komposer seperti Andre Jolivet dan Pierre Boulez selain karyanya.

Anak-anak didiknya termasuk Michel Legrand dan Philippe Cassard yang sangat mengkagumi keceriaan, bakat seni semula jadinya serta semangatnya. - AFP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN