|
BEIJING 29 Nov. - Banjir yang melanda di sebuah lombong arang di timur laut China menyebabkan seramai 16 pekerja terperangkap, menurut kerajaan hari ini, dalam kemalangan terbaru yang berlaku di dalam sektor perlombongan di China yang sangat berbahaya.
Seorang pekerja telah diselamatkan manakala 16 lagi masih terperangkap selepas kemalangan di lombong arang Zhonghe berdekatan bandar Meihekou, wilayah Jilin berlaku semalam, menurut Pentadbiran Kerja-Kerja Keselamatan Negara itu dalam laman webnya.
Usaha-usaha menyelamat bagaimanapun menemui kesulitan kerana lombong tersebut dipenuhi dengan air dan lumpur, menurut laporan agensi berita Xinhua.
“Usaha menyelamat sangat sukar ketika ini,” kata seorang pakar penyelamat, Jia Changjiang kepada Xinhua yang ditemui di tempat kejadian.
“Air terdapat di semua tempat di dalam lombong, menyebabkan keadaan semakin buruk dan sukar,” katanya. - AFP
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|