|
LONDON 29 Nov. - Nikolay Davydenko menamatkan badi selama tujuh tahun ke atas Roger Federer apabila berjaya menumpaskan pemian nombor satu dunia itu 6-2, 4-6, 7-5 untuk mara ke perlawanan akhir Jejalah Dunia ATP Akhir, dua tahun berturut-turut.
Pemain Russia itu tewas dalam kesemua 12 pertemuan dengan pemain Swis itu dalam pertermuan mereka sebelum ini tetapi menampilkan persembahan meyakinkan di hadapan 17,500 penonton di O2 Arena ketika menentang Federer.
Davydenko akan menentang sama ada Robin Soderling dari Sweden atau pemain Argentina, Juan Martin del Potro pada perlawanan akhir esok. - Reuters
IKLAN@UTUSAN
|