|
LONDON 29 Nov. - Penyerang Manchester United Wayne Rooney menjaringkan hatrik untuk membantu pasukannya menang 4-1 ke atas Portsmouth pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, hari ini.
Kemenangan itu membolehkan United merapatkan kedudukannya dengan pendahulu liga, Chelsea.
Ryan Giggs menjaringkan satu logi gol bagi membolehkan juara liga itu memperoleh 31 mata daripada 14 perlawanan, dua mata di belakang Chelsea yang akan berkunjung ke Arsenal esok.
Manchester City pula hanya seri 1-1 ke atas Hull City untuk mencipta rekod Liga Perdana dengan tujuh kali seri berturut-turut manakala West Ham United terlepas dari zon penyisihan selepas membenam Burnley 5-3.
Satu lagi perlawana yang akan berlangsung esok ialah pertemuan antara Everton yang akan menerima kunjungan Liverpool di Merseyside. - Reuters
IKLAN@UTUSAN
|