|
MANCHESTER 28 Nov. - Penyerang Brazil, Robinho bakal kembali beraksi untuk Manchester City, penampilan pertama selepas tiga bulan bagi menghadapi Hull hari ini.
Robinho disahkan lulus ujian kecergasan oleh jurulatih Mark Hughes.
Pemain termahal City itu bergelut dengan kecederaan di pergelangan kaki selepas bermain pada kelayakan Piala Dunia September lalu.
Hughes berkata: “Kami gembira beliau kembali, cergas dan sihat kerana beliau sangat kami perlukan, pastinya.”
Kali terakhir pemain berusia 25 tahun itu bermain untuk Liga Perdana ialah pada 27 Ogos lalu.
Hughes berharap kepulangan Robinho akan menamatkan enam keputusan seri yang diperoleh pada kejohanan liga. - AP
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|