Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 28/11/2009
Djokovic hidupkan peluang ke separuh akhir

Djokovic hidupkan peluang ke separuh akhir

28/11/2009 2:40am

LONDON 28 Nov. - Novak Djokovic menghidupkan peluang ke separuh akhir kejohanan Tenis Jelajah Dunia ATF Akhir selepas menundukkan juara bertahan, Rafael Nadal 7-6 (7/5), 6-3, semalam.

Sebelum itu, pemain Sweden Robin Soderling telah berjaya melayakkan diri dalam Kumpulan B manakala Nadal terkeluar daripada persaingan selepas kekalahan mengejutkan itu.

Djokovic akan bersaing dengan Nikolay Davydenko untuk merebut satu lagi tempat ke separuh akhir pada kejohanan berprestij itu.

Djokovic kini bergantung kepada Davydenko dan jika beliau berjaya menewaskan Soderling dalam satu lagi perlawanan di O2 Arena, harapan pemain Serbia itu untuk mara musnah. - AFP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN