|
BERLIN 28 Nov. - Menteri Tenaga Kerja Jerman berkata beliau mengundurkan diri daripada kabinet ekoran serangan udara di utara Afghanistan telah melampaui nilaian tugasnya terhadap angkatan bersenjata.
Franz Josef Jung merupakan Menteri Pertahanan ketika serangan udara pada 4 September lalu, yang menyebabkan ramai orang awam terbunuh, namun minggu ini dia mengakui belum melihat sebarang laporan dan video mengenai serangan oleh tentera Jerman itu.
Jung berkata, dia bertindak mengundurkan diri untuk memikul `tanggungjawab politik’.
Turut meletakkan jawatan pada Khamis lalu ialah Ketua Staf Tentera, Jeneral Wolfgang Schneiderhan selepas akhbar harian Bild melaporkan laporan sulit tentera mahukan pembunuhan ke atas orang awam.
Ketika itu Jung berkeras mengatakan bahawa tidak ada bukti orang awam menjadi mangsa. - AP
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|