Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 28/11/2009
Iktiraf kemenangan komunis

Iktiraf kemenangan komunis

KUALA LUMPUR 27 Nov. - ''Jika bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan kembali ke negara ini, ia seperti memberi kemenangan percuma kepada pergerakan komunis.''

Begitu reaksi seorang bekas tentera New Zealand, Leftenan (B) Evan Torrence kerana katanya, tindakan tersebut seakan mempersiakan perjuangannya bersama askar Melayu ketika itu yang menentang keganasan komunis.

Katanya, banyak jiwa tidak berdosa telah terkorban dan kemusnahan harta benda berlaku pada waktu itu termasuk tiga rakannya yang meninggal dunia ketika menentang pengganas komunis di Taiping.

"Pembunuhan dan kekejaman komunis tidak boleh dimaafkan dan dibiarkan begitu sahaja dengan membiarkan Chin Peng pulang kembali ke negara ini," katanya ketika ditemui pada majlis pertemuan semula bekas tentera New Zealand yang berkhidmat di Tanah Melayu di Rumah Kediaman Rasmi New Zealand di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang usaha yang dilakukan oleh sesetengah pihak untuk membenarkan Chin Peng kembali ke negara ini.

Turut hadir ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Zulkifli Mohd. Zin.

Seramai 44 bekas tentera dan waris keluarga terdekat menghadiri majlis pertemuan itu.

Menurut Torrence, pihak yang cuba membawa kembali Chin Peng perlu berfikir dengan waras dan mengingati semula peristiwa hitam tentang keganasan komunis itu.

Sementara itu, seorang lagi bekas tentera New Zealand, Peter Michael Gallacher, 73, berkata, tindakan sesetengah pihak untuk membawa Chin Peng masuk ternyata salah dan tidak tepat sama sekali.

"Setelah banyak kemusnahan dan peristiwa hitam dilakukan kepada rakyat negara ini, kini ada usaha untuk membawanya pulang. Saya sama sekali tidak akan bersetuju," ujarnya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN