|
KUALA TERENGGANU 27 Nov. — Banjir di Terengganu kini semakin pulih dengan jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan semakin berkurangan.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata, setakat malam ini, seramai 345 orang dari dua daerah iaitu di Kuala Terengganu dan Marang masih berada di pusat-pusat pemindahan.
"Di Kuala Terengganu masih terdapat 331 mangsa banjir di empat pusat pemindahan manakala di Marang jumlahnya berkurangan kepada 14 orang,” katanya kepada Bernama.
Katanya semua mangsa banjir di Dungun iaitu seramai 346 pulang telah pulang ke rumah masing-masing pukul 3 petang tadi manakala banjir di Hulu Terengganu pulih sepenuhnya petang semalam.
Kebanyakan mangsa banjir yang beragama Islam, menyambut Hari Raya Aidiladha secara sederhana di pusat-pusat pemindahan berkenaan.
Katanya, kebanyakan mangsa banjir berkemungkinan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing esok, jika keadaan cuaca cerah tanpa hujan berterusan.
Bacaan paras sungai di seluruh negeri juga sudah kembali ke tahap normal sejak semalam.
— BERNAMA
IKLAN@UTUSAN
|