Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 27/11/2009
Tabung Haji tanggung kos jemaah tinggal lama

Tabung Haji tanggung kos jemaah tinggal lama

27/11/2009 5:37pm

MEKAH 27 Nov.— Tabung Haji akan membiayai perbelanjaan jemaah haji yang terpaksa tinggal lebih lama di tanah sudi ekoran masalah penjadualan semula penerbangan yang membawa mereka pulang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, ini ekoran arahan pihak berkuasa Arab Saudi yang cuma membenarkan empat penerbangan sehari untuk membawa pulang jemah haji ke tanah air iaitu dua Penerbangan Malaysia dan dua Saudi Airlines untuk mengelakkan kesesakan di lapangan terbang.

"Ekoran itu ada antara jemaah haji yang terpaksa dijadualkan semula penerbangan pulang dan perlu tinggal lebih lama di tanah sudi,” katanya kepada petugas media Tabung Haji di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, Tabung Haji akan membiayai kos tambahan setiap jemaah yang terpaksa menangguhkan perjalanan pulang terutama dari segi penginapan serta makan minum.

Jamil Khir berkata, penjadualan semula penerbangan pulang mendapat reaksi yang positif daripada kalangan jemaah yang terbabit. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN