Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 27/11/2009
AGM MCA diadakan mengikut jadual

AGM MCA diadakan mengikut jadual

27/11/2009 5:34pm

KUALA LUMPUR 27 Nov. - MCA kekal dengan keputusan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) mengikut jadual pada 4 dan 5 Disember ini.

Pengerusi Biro Penerangan dan Komunikasinya, Senator Heng Seai Kie berkata, mesyuarat itu akan diteruskan mengikut perancangan sebelum ini iaitu 4 Disember bagi sayap Pemuda dan Wanita, manakala 5 Disember untuk badan induk.

Beliau berkata, rancangan mengadakan AGM pada tarikh tersebut juga dipersetujui oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Malah, katanya, adalah bercanggah dengan perlembagaan parti jika mesyuarat itu ditangguhkan.

"Ibu pejabat MCA menerima banyak pertanyaan sama ada AGM yang dijadualkan pada 4 hingga 5 Disember ini akan ditangguhkan.

“Di sini, ingin saya tegas bahawa AGM 2009 tetap diteruskan mengikut jadual. Tiada rancangan untuk menunda AGM itu ke tarikh yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Seai Kie berkata, adalah mendukacitakan apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa AGM itu ditangguhkan. - Utusan

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN