|
PONTIAN 27 Nov. _ Sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional kini menjadi rebutan pelajar-pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) apabila permohonan untuk memasuki dua aliran terasnya kini melebihi kuota disediakan.
Pengarah Bahagian Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajuddin berkata, pihaknya mendapati aliran teknikal dan vokasional mendapat sambutan menggalakkan manakala aliran kemahiran hampir mencapai kuota bagi sesi kemasukan tahun depan.
"Hanya 9,000 tempat ditawarkan bagi aliran teknikal namun pihaknya setakat ini telah menerima sebanyak 17,000 permohonan dari seluruh negara," katanya pada pelancaran Buku ‘ Memoir Sekolah Menengah Teknik Pontian atau Stepo dan Jamuan Perpisahan Warga Stepo di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini. - Utusan
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|