|
KOTA KINABALU 27 Nov. - Dua lagi mayat penumpang bot nelayan yang karam di perairan Kudat semalam ditemui pasukan mencari dan menyelamat tidak jauh dari Pulau Banggi hari ini.
Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Supritendan Dawi Ossen berkata, ini menjadikan tiga mayat telah ditemui setakat ini.
"Bagaimanapun identiti mangsa masih belum dikenal pasti,'' katanya di sini hari ini.
Beliau menjelaskan, pada masa kejadian, bot yang dalam perjalanan dari Kudat ke Karakit, Pulau Banggi itu membawa 20 penumpang.
"Setakat ini 13 penumpang yang selamat masih berada di pulau berkenaan dan gerakan mencari empat lagi penumpang yang masih hilang sedang dipergiatkan,'' katanya.
Beliau menambah, maklumat awal menunjukkan penumpang berkenaan pergi ke pulau berkenaan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha. - Utusan
IKLAN@UTUSAN
|