|
BESUT 27 Nov. — Lima rakan, seorang daripadanya wanita yang sesat semalaman di kawasan rekreasi Gunung Tebu berjaya keluar ketika operasi mencari mereka sedia untuk digerakkan.
Mohd. Asri Awang, 23, Mohd. Nor Iqbal Yusli, 18 kedua-duanya berasal dari Machang, Kelantan dan tiga rakan mereka yang berasal dari Kampung Anak Musang, dekat sini, Mohd. Khaidir Che Noh, 25, Mohd. Shahidan Salleh, 14 dan rakan wanita yang hanya ingin dikenali Wan Haneesu, 22, tidur di celah-celah pokok sementara menunggu hari siang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supritenden Roslan Hassan berkata, pihak polis dimaklumkan Mohd. Asri dan Wan Haneesu mendaki Gunung Tebu untuk mencari bahan bagi tujuan perubatan tengah hari semalam.
Pada kira-kira pukul 4 petang, mereka berdua telah menghubungi tiga rakan mereka yang menunggu di kaki Gunung Tebu untuk menghantar makanan.
Bagaimanapun, setelah kelima-lima remaja itu yang sepatutnya turun semula pada pukul 7 petang semalam tidak berbuat demikian, bapa saudara Mohd. Asri, Mohamad Awang membuat laporan polis. - Bernama
IKLAN@UTUSAN
|